SRIKANDI FISABILILLAH

...URI...


Benda ni mungkin kotor.. tapi untuk pengetahuan kita semua.. sebab ramai yang kurang ambil tahu tetangnya..semoga bermanfaat ^^ *ilmu elok kita share kan* selamat membaca~ 


PETUA MENANAM URI ANAK

Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Mempelajari cara menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

MENANAM URI ANAK

• Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
• Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
• Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
• Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

*saya tidak sertakan gambar sebab nanti ada yang pengsan kan..kalau tak kenal uri, maka rajin2lah search kat pak cik google ye ^^ *

Alkisah bersama atuk…


Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:

“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”

Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.

“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:

“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”

Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu memilih jalan tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kerana kamu tidak akan dapat mencapai potensi kamu sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan. 

Renungkan kembali hidupmu, wahai anakku. Apakah bukan kamu memohon kekuatan daripada Allah tatkala kamu menghadapi kesulitan? Dan akhirnya kamu berjaya melalui kesulitan kerana Allah memberikan kekuatan kepada kamu.

Apakah bukan kamu memohon kesabaran daripada Tuhanmu tatkala kamu menghadapi gelora emosi amarah kamu? Dan akhirnya kamu berjaya mengawal amarah kamu dengan kesabaran yang dikurniakan Allah padamu.

Wahai anakku,
Aku bimbang kamu terjatuh dan ditipu dunia luar. Tapi aku tidak boleh membiarkan kamu menjadi pokok di dalam pasu di bawah pelindungan aku senantiasa. Maka aku terpaksa mengeras diri melihatmu jatuh dan sesekali ditipu dunia luar walaupun ia amat menyakitkan hatiku dan bondamu, kerana aku tahu menjadi pokok di luar taman adalah yang terbaik padamu.

Jadi, apakah kamu? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?