SRIKANDI FISABILILLAH

Institusi Pra-U


Tika ini sepatutnya aku telah bergelar siswazah. Namun title ‘pelajar’ masih lagi ku sandang. Mungkin tingkatan 6 adalah satu institusi murahan bagi kebanyakkan masyarakat tapi disinilah segalanya bermula bagi kehidupanku.

Keberadaanku di Pra-U adalah satu medan tarbiyah dari Allah dan tanpa disedari ianya petanda termakbulnya doaku selama ini. Berabad lamanya kehidupanku bersama anak2 yang mementingkan sosial tanpa persempadanan agama. Di sini aku bertemu dengan sahabat2 yang mempunyai kriteria yang berbeza disamping latar belakang hidup yang berbeza. Tidak terniat melakar satu persatu, Cuma berkongsi beberapa input untuk ikhtibar kita bersama.

Selama ini , aku seringkali menyendiri. Sama ada di sekolah mahupun di rumah. Bagiku aku adalah aku dan hidupku adalah hidupku. Namun tika melangkah ke pra-U segalanya berubah tatkala aku menemukan sahabat yang mementingkan ukhwah fillah. Tautan persahabatan yang benar-benar ikhlas kerana Allah. Setiap detik suka atau duka pasti dikongsi bersama walaupun perkenalan bermula seawal bulan Mei.
Disini aku belajar betapa pentingnya beramanah dengan ilmu. Ilmu yang dicedok mestilah dijaga rapi supaya tidak hilang tertelan dek arus pemodenan zaman. Disini aku belajar erti kejujuran. Betapa sebuah kejujuran itu tinggi nilainya. Marcapada zaman pengakhiran ini begitu sukar mencari seseorang yang berkeribadian jujur melainkan hamba Allah yang benar2 beriman  dan bertaqwa kepada Allah

DUIT...DUIT...DUIT

Hidup ini dipenuhi duit. Setiap gerak geri pasti memerlukan wang sama ada rendah ataupun tinggi nilainya. Nak belajar? Perlu siapkan wang untuk membeli keperluan pelajaran. Nak tutup aurat? Perlu ada wang untuk membeli pakaian yang menepati syariat . Secara umumnya, seseorang yang berduit boleh melakukan apa sahaja yang diingini. Namun, pengalaman yang ku timba di tingkatan 6 adalah kejayaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit walau berapa pun nilainya. Berjayanya seseorang dalam pelajaran adalah kerana keberkatan ilmu yang dipelajari. Berkatnya ilmu tersebut adalah kerana adabnya ketika menuntut ilmu dan amanahnya dia terhadap ilmu. Jelas lagi terang wang bukan segala2nya. Wang hanyalah nilai yang mengaburi mata manusia di akhir zaman.

Dan yang penting untuk dititikberatkan adalah mengenai hati. Hati manusia mudah untuk berbolak balik. Semoga hati kita semua kekal di jalan yang diredhai Allah. Tatkala usiaku menjelang 20-an ini, rakan2ku ramai yang telah ditemukan jodoh. Hal ini terkadang menimbulkan keresahan di hati. Namun, tamparan tarbiyah daripada ustazah atika(ummu adasya) membuatkan aku sedar dan kembali ke bumi yang nyata. Kata beliau “ manusia seringkali tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Pemudi bujang menginginkan sebuah mahligai cinta manakala ibu yang berumah tangga merindui detik bujangnya.” Sedar atau tidak kita memang sukar untuk mendidik hati mensyukuri nikmat Tuhan . Sambung beliau lagi : “ jika dilihat dengan mata hati, kitalah sebenarnya orang yang paling bahagia di muka bumi. Adik seorang yang belum membina rumah tangga, tugasan adik hanya kepada kedua orang tua. Ketika bujang, adik bebas untuk beribadat kepadaNya selama mana adik mahu. Jika dibandingkan dengan seorang ibu anak2 kecil, untuk mendapatkan kekusyukan dalam solat amat sukar bilamana seringkali kedengaran barangan jatuh ke lantai dan sebagainya” . Percayalah bahawa kita adalah manusia yang paling bahagia! Bersangka baiklah dengan Allah. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui .

Diikuti dengan cinta kepada berlainan jantina, tika ini juga aku belajar tentang hakikat sebuah cinta. Tiada yang benar melainkan yang haq. Cinta yang sebenar adalah cinta kepada Sang Khaliq. Manusia? Hanyalah mehnah. Seteguhmanapun percintaan dua insan pasti roboh tanpa keredhaanNya. Dan setebal manapun iman seseorang pasti runtuh sekiranya bermain dengan cinta yang bathil .

#SyahidDiHalamanAlQuds