Norma
kehidupan bilamana budak dakwah tidak ramai terlibat dalam bidang dakwah. Allah
hantar aku ke sini.. ke kampus barokah bukan sekadar untuk aku berjauhan dengn keluarga.
Tapi ianya untuk aku belajar erti kehidupan yang sebenar. Untuk apa aku
didunia. Dan untuk aku lebih faham dan hadam tentang erti sebuah kehidupan.
Allah
takdirkan aku dengan seorang pensyarah yang terbuka mindanya dalam subjek
hubungan etnik. Supaya aku juga berfikiran terbuka dan bersikap lebih matang
dalam menangani masyarakat. Allah kirimkan buat aku seorang pensyarah yang
menitik beratkan ilmu bukan sekadar pointer supaya aku lebih menghargai dan
menyedari hakikat nilai sebuah ilmu. Bukan sekadar menghafal dan mencurahkannya
dalam sekeping kertas. Allah pertemukan aku dengan seorang pensyarah yang
mengajar kelas atasan supaya aku lebih mengerti pemikiran golongan professional
sekaligus menambahkan pengetahuan aku. Dan tidak membataskan pengetahuan aku
dan menyedari pengetahuan yang perlu aku salami bukan sekadar dibuku. Kerana
dakwah ini bukan hanya duduk, tunggu dan lihat.. tapi ade sesuatu yang perlu
dibuat. Aku dicampakkan dalam team entrepreneur supaya aku bersifat kerohanian
dan pandai dalam menyayat hati mad’u atau prospek. Semuanya berhikmah andai
didalami..
Teringat
aku sebagai salah satu kata penguat dalam hidup aku, “ Allah akan membantu
orang-orang yang membantu agama Allah”. Harini aku sedar, bantuan Allah kadang2
bukan berupa apa yang kita pinta. Bahkan lagi diminta lagi diuji. Beberapa
minggu yang lalu aku mengamalkan alwaqiah setiap hari agar aku dbebaskan dari
kesempitan. Lalu ditambah dengan dhuha 2 rakaat. Apa yang aku dapat adalah
masuk bilik ada orang agihkan makanan. Sampai part aku makanan habis dah..
Kemudian dapat penggilan dari adik, abah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan
air. Allahurabbi.. dugaan demi dugaan kau kirim. Sedangkan aku hamba yang hina
yang ingin mendekatimu. Tapi seolah2 kau pergi menjauh. Namun disebalik
semuanya, ade sesuatu yang Allah kirimkan. Allah kirimkan rasa ikhlas, berbuat
sesuatu bukan untuk mendapatkan balasan, cuba belajar untuk ikhlas dengan Allah
sebagaimana hadiah oksigen yang diberikan tanpa pinta bayaran.
Aku
suka kerja amal. Aku tak tau kenapa. Mungkinkah kerana muka budak2 amal tu
hensem? Hahaha.. takda kaitan okey. Aku seorang yang panas baran. Di sini(kampus barokah) adalah tempt kedua aku lepaskan amarah aku perihal kerja2 amal ni. Tapi Allah
ajar aku dalam diam, yang pahit itu manis. Tiada yang manis melainkan
selesainya kepahitan. Terlalu banyak pengalaman pahit yang aku lalui, dan
menjadi manis apabila diingati.dan seakan2 mau diputar masa agar dapat kembali
pada waktu itu. Allah baik dan aturanNya Yang Terbaik
timbalah pengalaman nescaya ianya satu pelajaran yang takkan dilupakan