SRIKANDI FISABILILLAH

Nafas Baru

 Mula-mula blogger ini ditubuhkan tak lain tak bukan, hanya berkongsi rasa. Waktu tu tak pandai menulis, tapi hanya copypaste. Blog ini ditubuhkan tahun 2010 waktu tu umur baru belasan tahun. Baru mengenal alam sosial, belum mengenal ape itu whats app tapi baru mengenal aplikasi facebook. 

Macam-macam cerita yang aku share di laman muka buku hingga ada insan muak dan mula menegur aku supaya menghentikan semua aktiviti copy and paste. sehingga aku bertekad mencipta akaun blog ( atas bantuan seorang sahabat maya ) dan paste semua cerita yang aku dapat disini.

Harini aku mampu menaip sendiri, walau bukan ilmiah tapi hanya sekadar berkongsi rasa hati. Terasa matang dalam pengalaman, tapi rupanya belum matang dalam membuat keputusan. Namun, apa pun yang terlakar dan tercipta atas izin Allah, pastinya membawa hikmah yang besar.

Kita, kalau nak toleh kiri kanan menyalahkan si fulan A , salahkan si fulan B. Boleh sangat kan? Tapi kecerdikan itu bukan diukur melalui penyelesaian masalah, tapi macamana cara masalah itu diselesaikan. Nafas baru bagi aku harini, setelah bertahun tak menulis, kini ku kembali untuk mencorakkan tulisan-tulisan abadi di alam maya ini.

Tulisan ini bukanlah menkeji sesiapa, bukan pula menghina atau mencerca. Hanya bingkisan idea dan pendapat selain meluahkan segala terbuku di jiwa. 

Aku bukan pengarang yang bagus. Bukan pula penulis yang berpengalaman. Coretan ini hanyalah khas buat sekeping hati, yang akhirnya akan membaca balik kalamnya dan termenung memuhasabah.. betapa masa itu pantas berlalu~


Ujian adalah Nikmat

Dua kali aku ditakdirkan masuk ke majlis ilmu yang sama. Penyampai yang sama. Tajuk yang sama. Tapi masih lagi aku bertapuk di kegagalan yang sama. Aku mungkin terasa hebat di kuliah. Aku mungkin dilihat hebat tatkala nama diseru sebagai ajk terbaik. Tapi aku gagal.. dan merundum jatuh tatkala dicampak ke lapangan untuk berdakwah. Sedangkan itulah kehidupan. Dan itulah kenapa aku diciptakan.
Walaupun sudah penghujung sem tapi kadang kadang aku masih tertanya-tanya kenapa aku disini. Seolah-olah hati belum reda sepenuhnya penempatan aku disini. Sebelum ni menjadi cita-cita aku untuk bekerja jauh dari keluarga. Agar aku dapat menyendiri. Tapi hakikatnya aku disini bukan hanya Allah makbulkan keinginanku tetapi Allah ingin mantapkan kemahiran aku supaya satu saat aku keluar sebagai graduan, ada sesuatu yang aku dapat beri pada ummah. Aku disini bukan sekadar belajar, tapi lebih kepada bagaimana aku persiapkan diri untuk bertempur di medan perang.
Ada orang masuk university hanya untuk belajar. Ada orang masuk university sebagai wasiat keturunan. Ada juga orang yang masuk university untuk sijil agar dapat mengubah nasib keluarga. Sedangkan kita lupa, hakikat ilmu itu perlu didalami.. ilmu itu perlu belaian dan dikasihi. Bukan sekadar madu habis dibuanglah hampasnya. Sebab itu lah perlunya adab dalam menuntut ilmu, bukan hanya beradab dengan guru.
Dalam majlis tadi dikongsikan perlulah kita berhijrah atau bermusafir dalam menuntut ilmu. Terkenang satu impian yang hamper terkubur, itulah citaku untuk belajar di pondok. Kalau sebelum ni aku tersangat ingin menelaah di pondok sik. Pondok tuan guru hj saleh musa atau lebih mesra dengan baba saleh. Seorang ulama nusantara yang tersohor , mahir dalam ilmu aqidah. Namun telah dijemput Ilahi. Innalillahi wainnailaihi rajiun.
Wafatnya beliau seolah-olah terkuburlah cita-cita. Sedangkan masih ramai para ulama yang tidak aku manfaatkan keilmuannya.lalu teringat nasib diri, yang berada di perantauan asbab menuntut ilmu. Allahurabbi.. hadiah apa yang kau kurniakan buat hambamu pendosa ini. Allah…
Allah telah ajar aku macam-macam. Allah telah didik aku macam-macam. Aku tak pandai dalam berbicara. Aku tak pandai dalam menyusun kata. Aku daif nas-nas quran dan hadis. Tapi allah kurniakan aku pengalaman. Allah hijrahkan aku dalam kepayahan. Sehingga kadang-kadang aku dapat Nampak apa yang rakan sebaya ku tak dapat capai. Nikmatnya ujianmu ya Allah..
Hanya aku insan buta yang pendosa, terhijab dari melihat…
Betapa nikmatnya ujian yang kau kurniakan…
Alhamdulillah


Perjalanan Hidup

Alhamdulillah Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan nikmat iman dan islam.

Kita terlalu banyak mempersoal tentang perjalanan hidup. seolah-olah kita mempersoal tentang qada' dan qadar Allah. Sedangkan taraf diri hanya sebagai seorang hamba tidak berhak untuk mengambil alih tugas Sang Khalid.

Perjalanan kita tak semua yang kita inginkan. tiada seorang manusia pun yang menginginkan keburukan dan kesedihan dalam hidupnya, tetapi masih lagi perlu kita (manusia) mengharungi segala perit dan sakit. Kerana apa?

Tatkala kita memohon kepada sebuah kekuatan, Allah hadirkan kita dalam masalah.
Tatkala kita mendekatkan diri kepada Tuhan, Allah uji dan terus menguji dugaan demi dugaan
Tatkala kita memohon dilapangkan rezeki, Allah uji kita berlapar dan menanggung kesempitan kewangan.

sebenarnya Allah memberi kekuatan untuk kita..

dik...

Seseorang yang tiada pekerjaan, mampukah dia menanggung keluarganya dengan hanya simpati orang? Sudah tentu tidak! Majikan yang bijak bukanlah seorang yang hanya pandai sodok mulut dengan bantuan kewangan tetapi menyodok dengan bantuan kemahiran praktikal. agar dapat digunakan termasuk dalam hari hari mendatang

Begitu jugalah hal nya dengan Tuhan..
Tatkala kita memohon sebuah kekuatan
DiberiNya masalah supaya kita selesaikannya

dik...

tu bukan Allah tak sayang
bahkan Allah mencintaimu dik..

Allah timpakan ke atasmu ujian supaya kamu kuat dan terus kuat
Tatkala kamu berjaya harunginya..
Tertanam kemahiran menguruskan masalah dalam diri kamu
Kau akan tetap kuat walau badai melanda

dik.. hikmah Allah sangat besar

cuma kita.. manusia yang hanya melihat kepada luaran
tapi tidak mendalami di sudut kerohanian

dik..
kita manusia..
yang sentiasa lalai


some sharing what i feel now........

Bila dah berada disini (kampus barokah) , proses pembelajaran memang lain sangat2 dengan bumi matahari ( di trg) sebabnya disini lebih berkonsepkan keterbukaan. Maksudnya antara pensyarah dengan mahasiswa bebas untuk bagi pandangan masing2. tapi still dalam adab la.
Dan dalam subjek dakwah, pensyarah lebih suka tekankan kepada dakwah kepada bukan islam. Hujahnya, perkara yang Nabi buat dulu adalah mengubah tauhid. memperbetulkan akidah umat terdahulu untuk mengesakan Allah. jadi kita sebagai umat baginda, yang mengharapkan syafaat baginda, sudah semestinya ingin baginda mengenali kita dengan melaksanakan apa yang baginda laksanakan. Tapi ramai daie meletakkan muslim itu sendiri sebagai mad'u mereka walaupun baginda Rasulullah tidak bertindak demikian.

Satu program bersama zamri vinoth, rasa tertampar jugak la sebabnya dia mempersoalkan tentang rasa selesa muslim di malaysia. kenapa muslim kat malaysia ni lebih memilih dalam suasana aman dan selesa berbanding kesakitan dicemuh oleh masyarakat dengan berdakwah tentang islam. Katanya ramai dikalangan non muslim yang menjumpai agama yang benar yakni islam setelah puluhan tahun mengkaji. Mengapa bukan orang islam itu sendiri mengajarkan kepada kami ( bkn islam ) tentang agma islam. sdgkan orang islam amnya mengetahui seksaan Allah kepada orang-orang yg menyekutukan Allah..

Begitu juga perkongsian dari Ustaz Fakhrul (Imam Muda) yang aktif berdakwah kepada orang asli. kata beliau, sebenarnya orang asli khususnya bukan islam menunggu kita(daie) untuk membelai mereka dengan penghayatan islam. tapi kenapa kita terlalu takut untuk mendekati mad'u yang sedia menerima..

termenung lagiii... hmm

bila difikirkan balik, ada betulnya kata zamri vinoth, orang islam dan bukan islam masih ada jurang terutamanya dalam penempatan. disini perkampungan orang islam, disana perkampungan bukan islam. sedangkan apa salahnya sekiranya dicantumkan 2 kelompok ini sedangkan slogan 1 Malaysia telah lama didendangkan..

sambung termenung...................................................................


p/s; takda main pun post kali ni., cuma berkongsi rasa manalah tau ada pendapat dari sahabat2 yang boleh membantu diri ini berhenti termenung.. haha

Dakwah Bukan Budak Dakwah


                Norma kehidupan bilamana budak dakwah tidak ramai terlibat dalam bidang dakwah. Allah hantar aku ke sini.. ke kampus barokah bukan sekadar untuk aku berjauhan dengn keluarga. Tapi ianya untuk aku belajar erti kehidupan yang sebenar. Untuk apa aku didunia. Dan untuk aku lebih faham dan hadam tentang erti sebuah kehidupan.
                Allah takdirkan aku dengan seorang pensyarah yang terbuka mindanya dalam subjek hubungan etnik. Supaya aku juga berfikiran terbuka dan bersikap lebih matang dalam menangani masyarakat. Allah kirimkan buat aku seorang pensyarah yang menitik beratkan ilmu bukan sekadar pointer supaya aku lebih menghargai dan menyedari hakikat nilai sebuah ilmu. Bukan sekadar menghafal dan mencurahkannya dalam sekeping kertas. Allah pertemukan aku dengan seorang pensyarah yang mengajar kelas atasan supaya aku lebih mengerti pemikiran golongan professional sekaligus menambahkan pengetahuan aku. Dan tidak membataskan pengetahuan aku dan menyedari pengetahuan yang perlu aku salami bukan sekadar dibuku. Kerana dakwah ini bukan hanya duduk, tunggu dan lihat.. tapi ade sesuatu yang perlu dibuat. Aku dicampakkan dalam team entrepreneur supaya aku bersifat kerohanian dan pandai dalam menyayat hati mad’u atau prospek. Semuanya berhikmah andai didalami..
                Teringat aku sebagai salah satu kata penguat dalam hidup aku, “ Allah akan membantu orang-orang yang membantu agama Allah”. Harini aku sedar, bantuan Allah kadang2 bukan berupa apa yang kita pinta. Bahkan lagi diminta lagi diuji. Beberapa minggu yang lalu aku mengamalkan alwaqiah setiap hari agar aku dbebaskan dari kesempitan. Lalu ditambah dengan dhuha 2 rakaat. Apa yang aku dapat adalah masuk bilik ada orang agihkan makanan. Sampai part aku makanan habis dah.. Kemudian dapat penggilan dari adik, abah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan air. Allahurabbi.. dugaan demi dugaan kau kirim. Sedangkan aku hamba yang hina yang ingin mendekatimu. Tapi seolah2 kau pergi menjauh. Namun disebalik semuanya, ade sesuatu yang Allah kirimkan. Allah kirimkan rasa ikhlas, berbuat sesuatu bukan untuk mendapatkan balasan, cuba belajar untuk ikhlas dengan Allah sebagaimana hadiah oksigen yang diberikan tanpa pinta bayaran.

                Aku suka kerja amal. Aku tak tau kenapa. Mungkinkah kerana muka budak2 amal tu hensem? Hahaha.. takda kaitan okey. Aku seorang yang panas baran. Di sini(kampus barokah) adalah tempt kedua aku lepaskan amarah aku perihal kerja2 amal ni. Tapi Allah ajar aku dalam diam, yang pahit itu manis. Tiada yang manis melainkan selesainya kepahitan. Terlalu banyak pengalaman pahit yang aku lalui, dan menjadi manis apabila diingati.dan seakan2 mau diputar masa agar dapat kembali pada waktu itu. Allah baik dan aturanNya Yang Terbaik

timbalah pengalaman nescaya ianya satu pelajaran yang takkan dilupakan


" Perjuangan itu luas, tidak dikhususkan ke atas individu setiap jalan juang yang mesti dilaluinya"

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Begitu juga jalan juang yang dilalui, bercorak dan tidak sama. Antara mengapa Allah menjadikan kita berbeza-beza.. hikmahnya lah kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri seseorang. 

Walaupun bukan meminta tapi apa yang kita lalui adalah apa yang kita inginkan. Mungkin harini kita tidak menginginkannya tanpa disedari itulah yang dipinta semalam. Dugaan terbaru untuk menjauh dari bumi mahkota tercinta. Jauh dari AlQuds. Jika dimuhasabah memang benar dulu pernah meminta untuk menjauh. Melarikan diri dari segala amanah dan tanggungjawab tanpa disedari itulah hakikat yang diri mencari. Dan hari ini sebelum sampai sebulan berada di tempat orang, jiwa gelisah resah merindui segala kesakitan di bumi al quds. Sungguh itulah sebenar2 yang diinginkan jiwa. 

Harini tatkala roh diseru untuk bertugas tapi jasad masih di gerigi batu. Jiwa seakan-akan meronta ingin meneruskan segala kesakitan semalam melalukan segala pengorbanan jalan juang. Harini memang benar diri sangat meminati badan beruniform tetapi jiwa seakan-akan tidak mampu berjuang melainkan jalan juang islam. Sungguh aku merinduimu Mujahidah.. aku rindu ingin menyarungmu!

Kehebatanmu tidak tertandingi walaupun tanpa bayaran. kegigihanmu tidak terbanding walaupun tanpa pakaian yang gah. Namun perjuanganmu, pengamalanmu buatkan jiwa meronta terlalu merinduimu. Juga pada pahlawan otai yang pernah mengajakku masuk ke perkampungan orang asli satu ketika dahulu. walaupun dicemuh, dicaci dan gagal dalam berdakwah tapi aku tetap bangga dan merindui saat2 suasana islam yang diwujudkan. aku rindukan usrah bersama para mujahidah. aku rindu untuk berpanasan di tengahan panas sebagai benteng keselamatan muslimah. Aku dengki dengan segala ketabahan yang tidak berganjak walaupun dihujan air mata rahmat. Segala yang ada padamu terlalu hebat untuk aku kenangkan walaupun hanya mampu melihat dari jauh tapi tak bermakna aku tidak bersamamu. Jiwa ini sering hilang dan sering melayang ke bumi AlQuds. 

Moga aku diberi peluang untuk meneruskan dakwah ini.. Allah jangan Kau jadikan aku asbab runtuhnya institusi islam yang dibina oleh para pejuang sejak berabad lamanya. 

Moga Terus Istiqomah
#SyahidDiHalamanAlQuds
Jarak antara kau dan aku adalah sebuah ujian. Ujian yang akan mematangkan kita, dan menyedarkan kita, walaupun darah yang mengalir hampir sama tapi perjalanan kita tetap berbeza. Kewujudan jarak ini akan mematangkan kita, disiplin dan berdikari dalam menjejak kehidupan, walaupun dari rahim sama kita datang.

Jika dikenangkan, sangat sedih tatkala kita kehilangan orang yang sangat kita perlukan saat ini. Tapi detik itulah yang membuatkan kita berfikir yang menempuh sengsara. Tatkala itu maka tersedarlah dunia bukan untuk berfoya-foya. bukan jua kebahagiaan yang abadi. Ada sedih dan tangisan yang mesti kita lalui.

Ukiran perjalanan dunia bukanlah satu jangka masa yang lama walaupun kita merasakan jasad bergerak dalam tempoh setengah abad. Umur yang meningkat sehari-hari hanyalah secebis daripada kehidupan dan jangka hayat manusia yang sebenar.

"Manusia takkan mati... cuma akan berubah dunia"

Air dicincang takkan putus

Kita merancang, Dia juga merancang,
Dialah sebaik-baik perancang

sharing is caring

Memandangkan ada sedikit waktu untuk diluangkan.. so sudilah saya berkongsi luahan rasa di bumi barakah.

Permulaan dapat tahu dapat sambung U*** adalah satu berita yang sangat mengejutkan. sebab selama ni mindset tempat ni hanya untuk budak-budak bijak. Isi dalam UPU pun sekadar mengisi ruangan kosong. Di hati memang unisza je la sebab dekat. Tetiba dapat jauh.

Story begin, masa tu tau kod kos je. tak tahu kos ape. time tu duk dalam kereta tunggu adik bi keluar dari sekolah. dapat tau tu rasa nak melompat kegirangan disamping berdebar. ye la, akan fight ngan budak2 bijak..huhu

balik ke rumah, cepat2 check kos ape yang dapat. kod kos Q107. Fuhhh penuh persoalan. Lalu terpampanglah " Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian". Tamparan kuat sangat2, ribut petir semua ada walaupun time tu cuaca cerah je. Tau kenapa? haaa.. sebabnya kelalaian. hati ni lalai. dan tersangat sangat sangat lalai. bila Allah campakkan ke dalam kos dakwah. terlintaslah, apa aku nak dakwah orang ni, sedangkan diri aku sendiri hanyut. thats, hikmah pertama Allah bagi. Allah hanyutkan kau, and then dia tarik kau balik rapat2 dengan dia. kenapa? supaya kau bersyukur apa nikmatnya islam! apa nikmatnya iman!

Termenung,,,, time ni tak terfikir lagi adik2 yang akan aku tinggalkan lama. just think about diri sendiri (egonyaa hakak -,-) . terfikirlah, duk tempat orang macamana nak makan, dengan perut yang selalu memilih ni...huhuhu.. dapat makanan pedas plak tu, macamana nak telan sedangkan diri sendiri berpenyakit. at last, Allah atur cantik.. indah sangat2. dalam kampus ni makanan standard je, takda la pedas mana pun. makan ikan keli berlada lek lek je macam makan kat ganu jugok. tawar dan tak rasa ape.. haha

Sambung balik, bab dakwah.. tau tak dakwah ni maksudnya apa? dakwah secara umumnya ajak orang buat baik, tegur orang yang buat salah. just imaging macamana kau nak tegur orang buat salah sedangkan kau pun sama?? deep sendiri. Allah tegur dengan cintanya..

Allah campak aku bukan satu bidang yang kontra dengan aku. tapi dua bidang! satu lagi ni haa bidang pengurusan. zaman sekolah dulu pun sekali je aku pernah jadi pegawas. tu pun pengawas perpustakaan masa darjah 6. tuuu pun tak buat keje pun. ustazah bagi sebab nak memperbanyakkan sijil bila dah keluar nak masuk tingkatan 1. pengalaman? hampeh.. takda langsung. tapi tercampak dalam bidang ni plak.. nak tau? Allah tau apa yang kita tak tahu. mungkin Allah nak lengkapkan aku menguasai bidang ni tambahan tahun ni banyak gile jawatan setiausaha yang aku pegang. mujur tak pergi ke peringkat negeri je. Allah nak aku lengkapkan organisasi. so i must work hard for master in this course!

seee? some of hikmah yang selalu kita buta, kita selalu pergi kem dengar motivator cakap, " ada hikmah, ada hikmah" tapi sejauhmana hati itu redha dan yakin dengan hikmah, its need experience. sebab tu orang cakap pengalaman ni ibu pembelajaran. pengajian paling bermakna adalah pengalaman. dalam bahasa arab sekalipun, walaupun sekadar bahasa, tapi memerlukan pengalaman untuk menguasai bidang tersebut. and of coz untuk mencintainyaa~

maybe its all about today, some sharing supaya pengalaman ni aku takkan lupa sampai bila. taknak baca takpe.. for those yang sudi baca tulisan rojak yang tak berapa nak sedap ni.. thanks a lot ^_^
semoga Allah permudahkan urusan kau dan aku dalam perjalanan menujunya..

*bumi barokah sedang hujan berkat*

Dont Judge Book By Its Cover

Kadang-kadang apa yang kita lalui tak sama dengan apa yang kita rancang. Seperti yang diketahui, perancangan Allah dengan kasih sayang dan jauh lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Pernah diingatkan oleh seorang ustaz, " Allah memberi apa yang hati mahu, bukan apa yang bibir pinta " . Kita sering mengeluh, " Mengapa doa aku belum diterima " Tapi sedarkah kita bahawa kita tak berlaku adil pada jiwa, lain yang dinginkan lain pula yang diminta.

Tak ada orang dalam dunia ni yang memohon penderitaan. Tapi mengapa masih ramai yang menempuh kesengsaraan? Allah tahu, jika kita bahagia, mungkin kebahagiaan itu akan membawa kita bersama-sama lalai dalam ombak dunia. Mungkin juga hanyutan kita sukar menemui jalan pulang. Oleh itu diselitkan sedikit kesedihan, agar kita sedar hakikat dunia bukan sekadar bergembira, tapi penuh dengan air mata.

Saban tahun semakin banyak kaki melangkah. Semakin kerap jugalah bertemu makhluk tuhan yang berbagai ragam. Kepelbagaian manusia bukanlah satu kelemahan Pencipta tapi hakikatnya ia adalah satu kebesaran Pemilik Langit dan Bumi dapat mencipta manusia pelbagai ragam dan sikap.

Kepelbagaian ini mengajar kita supaya bertindak lebih profesional dalam pengendalian masyarakat terutamanya dalam sosiolbudaya agar kita lebih memahami.

*******************************************************

Berita Harian - 2010 : ' Menuju ke Menara Gading '

"ibu,,, menara gading tu apa? "

' menara gading tu universiti. ibu nak along belajar sampai menara gading '

*******************************************************

Celotehan 7 tahun yang lalu masih menggamit kenangan. Masih terbayang keratan akhbar yang ditampal di ruangan nota dididing rumah.

Semoga Allah permudahkan segalanya....

Dia Tahu Apa Yang Kamu Perlu~

#SyahidDiHalamanAlQuds

Kerinduan

Along... Amin ada gambar ibu *sambil menunjukkan latar skrin telefonnya*

" eleh.. along pun ade lah gambar ibu dalam phone " balasku sengaja.

Dialog ringkas namun cukup membuatkanku termenung panjang. Nasi ku suapkan ke dalam perutku bagi mengalas keroncong perutku yang kosong sejak pagi.

" Amin, kita gi kubur ibu nak? " tanyaku

" Nakkk.. Sekarang ke? Jom! " balasnya penuh teruja.

Sungguh ketahuilah bahawa dirinya amat merindui sekujur tubuh yang bernilai itu.

*******************

" Along demam ye? Pergilah masuk bilik, rehatkan diri "

" Along masuk tidur jap ye ibu" lalu melangkah cepat menemui katil

Beberapa jam kemudian,

" Da.. Da.. Bangun Da... Mu jangan wat aku gini Da.. "

Dengan penuh kelesuan, ku cuba bingkas mencapai tombol pintu, namun tubuhku longlai lalu rebah ke tanah.

Selang beberapa minit kemudian, aku sedarkan diri, ku lihat telefonku berkecai di lantai. " Aku pengsan ke tadi? " Persoalan yang bermain di minda 

" ehh.. mana semua orang? " kebingungan aku melihat rumahku yang kosong dan hanya adik yang berada di hujung katil, tempat tidur ibuku sepanjang berpantang

Tarbiyah Alam

Pentarbiyahan membentuk diri,
Pembentukan akhlak dalam perjalanan menuju Tuhan.
Semakin meningkat abjad diri,
Semakin berarak pengalaman dan pengetahuan.

Dalam menuju Rabbi..
Hanya satu yang ku cari..
Itulah dia redha dan berkati..
Kerna idamkan kemenangan yang hakiki..

Perjalanan dipalit,
Kaki terus melangkah,
Semakin hari terasa perit,
Tapi tetapkan hati dengan mujahadah.

Dunia ini bersifat sementara,
Kehidupan ini hanya persinggahan,
Tetapkan hati dan jiwa,
Kita pasti pulang ke kampung halaman.

Penat lelah satu kebiasaan,
Bagi insan bergelar islam,
Dunia ini hanya persinggahan,
Penuh ujian dan kejam.

wahai insan wahai saudara
Ku doakan agar imanmu mantap
Bangkitlah bersuara
Demi keselamatan ummah sejagat

#MuhasabahBersama

-Syahid Di Halaman AlQuds -

Institusi Pra-U


Tika ini sepatutnya aku telah bergelar siswazah. Namun title ‘pelajar’ masih lagi ku sandang. Mungkin tingkatan 6 adalah satu institusi murahan bagi kebanyakkan masyarakat tapi disinilah segalanya bermula bagi kehidupanku.

Keberadaanku di Pra-U adalah satu medan tarbiyah dari Allah dan tanpa disedari ianya petanda termakbulnya doaku selama ini. Berabad lamanya kehidupanku bersama anak2 yang mementingkan sosial tanpa persempadanan agama. Di sini aku bertemu dengan sahabat2 yang mempunyai kriteria yang berbeza disamping latar belakang hidup yang berbeza. Tidak terniat melakar satu persatu, Cuma berkongsi beberapa input untuk ikhtibar kita bersama.

Selama ini , aku seringkali menyendiri. Sama ada di sekolah mahupun di rumah. Bagiku aku adalah aku dan hidupku adalah hidupku. Namun tika melangkah ke pra-U segalanya berubah tatkala aku menemukan sahabat yang mementingkan ukhwah fillah. Tautan persahabatan yang benar-benar ikhlas kerana Allah. Setiap detik suka atau duka pasti dikongsi bersama walaupun perkenalan bermula seawal bulan Mei.
Disini aku belajar betapa pentingnya beramanah dengan ilmu. Ilmu yang dicedok mestilah dijaga rapi supaya tidak hilang tertelan dek arus pemodenan zaman. Disini aku belajar erti kejujuran. Betapa sebuah kejujuran itu tinggi nilainya. Marcapada zaman pengakhiran ini begitu sukar mencari seseorang yang berkeribadian jujur melainkan hamba Allah yang benar2 beriman  dan bertaqwa kepada Allah

DUIT...DUIT...DUIT

Hidup ini dipenuhi duit. Setiap gerak geri pasti memerlukan wang sama ada rendah ataupun tinggi nilainya. Nak belajar? Perlu siapkan wang untuk membeli keperluan pelajaran. Nak tutup aurat? Perlu ada wang untuk membeli pakaian yang menepati syariat . Secara umumnya, seseorang yang berduit boleh melakukan apa sahaja yang diingini. Namun, pengalaman yang ku timba di tingkatan 6 adalah kejayaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit walau berapa pun nilainya. Berjayanya seseorang dalam pelajaran adalah kerana keberkatan ilmu yang dipelajari. Berkatnya ilmu tersebut adalah kerana adabnya ketika menuntut ilmu dan amanahnya dia terhadap ilmu. Jelas lagi terang wang bukan segala2nya. Wang hanyalah nilai yang mengaburi mata manusia di akhir zaman.

Dan yang penting untuk dititikberatkan adalah mengenai hati. Hati manusia mudah untuk berbolak balik. Semoga hati kita semua kekal di jalan yang diredhai Allah. Tatkala usiaku menjelang 20-an ini, rakan2ku ramai yang telah ditemukan jodoh. Hal ini terkadang menimbulkan keresahan di hati. Namun, tamparan tarbiyah daripada ustazah atika(ummu adasya) membuatkan aku sedar dan kembali ke bumi yang nyata. Kata beliau “ manusia seringkali tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Pemudi bujang menginginkan sebuah mahligai cinta manakala ibu yang berumah tangga merindui detik bujangnya.” Sedar atau tidak kita memang sukar untuk mendidik hati mensyukuri nikmat Tuhan . Sambung beliau lagi : “ jika dilihat dengan mata hati, kitalah sebenarnya orang yang paling bahagia di muka bumi. Adik seorang yang belum membina rumah tangga, tugasan adik hanya kepada kedua orang tua. Ketika bujang, adik bebas untuk beribadat kepadaNya selama mana adik mahu. Jika dibandingkan dengan seorang ibu anak2 kecil, untuk mendapatkan kekusyukan dalam solat amat sukar bilamana seringkali kedengaran barangan jatuh ke lantai dan sebagainya” . Percayalah bahawa kita adalah manusia yang paling bahagia! Bersangka baiklah dengan Allah. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui .

Diikuti dengan cinta kepada berlainan jantina, tika ini juga aku belajar tentang hakikat sebuah cinta. Tiada yang benar melainkan yang haq. Cinta yang sebenar adalah cinta kepada Sang Khaliq. Manusia? Hanyalah mehnah. Seteguhmanapun percintaan dua insan pasti roboh tanpa keredhaanNya. Dan setebal manapun iman seseorang pasti runtuh sekiranya bermain dengan cinta yang bathil .

#SyahidDiHalamanAlQuds



Fazihah ~dalam kenangan~

Perkenalan yang tanpa dirancang dan tanpa diduga. Akan tetapi akhirnya membuahkan persahabatan yang kukuh, suci murni kehadrat ilahi. Alhamdulillah.

Perkenalanku dengan'nya' memang tidak disangka-sangka. Pada awalnya hanya sekadar teman di sekolah akan tetapi dengan kekuasaanNya akhirnya kami bak adik beradik. Saling memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapi kelemahan kami. Di sebuah sekolah yang kecil dimana jumlah pelajarnya hanya sekitar 300 pelajar saat itu, Sekolah Kebangsaan Ladang menjadi salah satu faktor daku bertemu sahabat-sahabat.

        Pada awalnya, perkenalanku dengan Fatimah Munirah binti Aziz ketika berusia 8 tahun. Perkenalanku dengannya amat istimewa kerana Fatimah seorang gadis yang kaya dengan sifat penyanyang. Setiap saat di sekolah kami habiskan masa bersama. Ketika rehat, berjalan menuju ke kantin, mengulangkaji pelajaran, sentiasa bersama ditemani oleh seorang sahabat yang bernama Nur Najiah bt Afandi. Teringat ketika ku bermain 'tang buaya' bersama-sama di dalam kelas 2 Intan. Sungguh indah saat itu!

      Masa terus berlalu, darjah 3 mengisi ruang perjuangan kami, kemudian Nur Najiah bt Afandi bertukar kepada orang lain kerana saat ini kami ditempatkan agak jauh di dalam kelas ,saat ini daku mula berkenalan dengan sahabat yang baru berpindah ketika darjah 2 dahulu iaitu Nur Naajihah bt Abdul Rahman. Persahabatanku dengannya agak 'ajaib' kerana kami sering kali bertengkar. Akan tetapi pada keesokkan harinya, semua yang berlaku ibarat bertahun sudah berlalu. Semuanya dilupakan tanpa diungkit walau satu perkara. Persahabatan kami sangat seronok. Hanya 'enjoy' yang ada dalam kepala masing-masing. Hehe

       Darjah 4 kian menghampiri, kami digemparkan dengan seorang pelajar baru dari SK Kuala Ibai. Seorang yang sentiasa ceria dan sangat ramah ini diberi nama Nur Samirah bt Sarifudin. Persahabatanku dengannya tidaklah begitu erat kerana tempat duduknya di dalam kelas agak jauh dariku. Terkadang aku yang mengada-ngada ini seringkali mencari masalah dengannya..(Hehehe...s0ry myrah ^^ ) . Namun berkat kesabarannya sehingga hari ini kami masih bersahabat. Malah lebih rapat! Luv u mia <3

      Dalam keriangan , tanpa disedari aku sudah berada di darjah 5. Di darjah 5 , Allah 'hadiah' kan kepadaku seorang lagi sahabat yang memahami. Farahanis bt Hassan namanya. Farah agak gopoh namun dialah yang menyerikan persahabatan kami. Tanpa kehadirannya persahabatan kami sunyi tidak bersuara. Farah yang bersuara lantang sering berkongsi cerita-cerita yang menarik bagi memecahkan suasana sunyi

      Darjah 6 kini tiba, walaupun kami tahu bahawa kami bakal menghadapi satu peperiksaan awam yakni Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) namun senyuman tetap terukir di bibir. Kami tetap bermain ibarat tiada apa yang berlaku (almaklumlah, budak2 lagi ^^ ). 

**********************************************************************

Sedikit perkongsian mengenai sahabat2ku Fa2!H@h .. 
Aku merinduimu, semoga satu saat nanti, (dengan izin Allah) kita akan bersatu seperti dahulu lagi
Persahabatan ini sangat bermakna buatku kerana engkaulah yang mengajarku erti sebuah persaudaraan <3

NiQab in My lIfe~

        Menjadi seorang niqabis tidaklah semudah yang disangka. Walaupun hanya secebis kain di wajah namun ia akan memberi impak yang besar dalam kehidupan. Penghijrahanku kepada gelaran niqabis sedikit sebanyak memberi bebanan dalam hidup.Cabaran demi cabaran harus ku leburkan. Dugaan demi dugaan singgah menemani perjalanan perjuanganku. Namun, berbekalkan semangat yang jitu, ku gagahkan jua hati ini .

        Hari pertamaku sebagai seorang niqabis amat mendebarkan. Namun kaki tetap bergerak melangkah untuk menziarahi kawan kepada kawanku di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Rakan seusia namun dugaannya melebihi daripada dugaan yang ku terima. Arwah yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya disahkan menghidapi barah otak. Perjuangannya melawan penyakit itu terhenti ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir seawal usia 16 tahun."Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" . Janji Allah itu pasti dan tidak mungkin dimungkiri . Arwah pergi meninggalkan dunia ini dengan tenang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

       Terkadang terkenang kembali akan perjuanganku meminta izin daripada kedua orang tuaku agar membenarkan anaknya mengenakan niqab. Pertama kali aku berhadapan dengan arwah ibuku yang penyayang untuk meminta izin , debaran demi debaran silih berganti. Namun, hasratku meleset apabila bait yang keluar dari mulut arwah bonda lebih cenderung kepada tidak :( . Akan tetapi, ku tidak mengalah, ayahku membenarkanku mengenakan niqab ^^ . Alhamdulillah..
 
      3 tahun sudah masa berlalu. Semangat mengenakan niqab masih membara di dalam kalbu. Sekali lagi, ku pinta keizinan daripada ayahku untuk mengenakan niqab. Namun kali ini, jawapan yang diberikan oleh ayahku agak berbeza dengan sebelumnya. Namun, ku tetap menzahirkan sebuah senyuman disebalik hati yang berkecai. Langkah masih berjalan namun sedikit hampa. Senyuman yang terukir hanyalah senyuman yang pahit bak kopi tanpa gula.

      " Abah, team hijrah ada buat program dekat masjid putih. Along nak ikut boleh?"tanyaku kepada ayahku. Lalu ayahku mengiakannya tanpa banyak bertanya. Setibanya aku di tempat program, agak berdebar kerana aku tiada kenalan. Akhirnya aku berkenalan dengan seorang pemudi yang seusia denganku yang bernama Farzana. 

        Selesai program yang dianjurkan oleh team hijrah , mulalah sesi bergambar sebelum bersurai. Saat itu aku menyedari kehadiran ayahku yang sudah lama memerhatikan ku seberang jalan. Setelah selesai bersalaman, tika punggung dilabuhkan di atas kerusi tetiba kedengaran suara garau ayah ;

Ayah : Along nak pakai ke nampak mata 2 biji tu (purdah) ?

Along : Nak

Ayah : Along tidak malu?

Along : Tidak

Ayah : Pakailah

     Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat daripada Allah telah melembutkan hati ayahku. Subahanallah, Subahanallah, Subahanallah... Alhamdulillah... 

Dengan izin Allah, hingga ke saat ini, sehelai kain masih terlekat di mukaku. Dengan izin Allah, akan ku usahakan supaya ia terus melekar sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

**************************************************************************

Kepada sahabat2 terutama yang bercita-cita untuk meneruskan langkah dengan niqab. Teruskan usahamu. Jangan bimbang, jangan takut, jangan gentar . Biar dunia memandang enteng kepadamu. Biar dunia menghinamu. Yang penting, pandangan Allah terhadapmu. Kata-kata terakhir " niqablah hatimu sebelum niqab wajahmu" .. ^^
      

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan haluspada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darahjika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburankesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggiuntuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenangair yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putihmandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...
Kesyahidannya cukup mengegarkan negara Malaysia.. satu2nya anak muda Malaysia yang dimaqamkan berdekatan maqam sahabat nabi. Sungguh aku dengki denganmu wahai mujahid. Aku tidak dengki dengan mulut2 yang membicarakan mengenai dikau, akan tetapi aku tersangat dengki apabila matimu dalam husnul khatimah. Aku tersangat dengki apabila kesyahidan engkau ditangisi para ulama'. Mulianya dikau wahai mujahid.

#As Syahid Ahmad Ammar#
            Pentas perjuangan tidak menjanjikan habuan di dunia ini.. 
Habuannya di akhirat kelak yang tidak mungkin nampak dengan mata kasar di dunia ini walhal di'zoom' dengan mikroskop
Sebab itu ramai yang memilih untuk berdiam diri daripada melibatkan perjuangan
Ramai yang memilih untuk melarikan diri daripada medan perang daripada bertempur dengan pihak lawan.
Perjuangan kerana Allah, Allah akan membantumu
Kesedihan akibat peritnya perjuangan akan mendapat balasan yang mulia disisiNya 
Perjuangan itu derita, perjuangan itu seolah2 menempah penderitaan, berdepan dengan kesengsaraan, dan meletakkan diri dalam kepedihan... itulah perjuangan..

         Sama ada sedar atau tidak, hidup ini memang dimulakan dengan sebuah perjuangan. Perjuangan menuju tuhan yang Maha Esa. Kita hanyalah pelayar yang belayar menuju kepada Allah yang Maha Esa. Akan tetapi   singgah sebentar di 'pulauan' dunia untuk mencari bekalan. Bak sejarah pulau pinang yang mana menjadi pusat pengumpulan barang, kelengkapan ketenteraan dan bekalan makanan. Begitu juga dengan kehidupan seorang manusia. Dunia merupakan tempat menyinggahan seorang pelayar untuk terus belayar pulang ke syurga menemui Sang Khalid.

        Hanya hati-hati yang ikhlas berjuang akan teguh berdiri di pentas perjuangan walau puluhan anak panah menusuk ke dalam jasadnya. Kerana yakinnya kepada Allah yang Maha Besar, semangatnya mengatasi kesakitan tatkala darah suci mengalir. Keyakinannya kepada Sang Khalid mampu menempis segala hasutan di pentas perjuangan

       Namun sayang seribu kali sayang, tidak ramai yang perasan janji Allah terhadap para pejuang. Sehingga ada yang memilih untuk berdiam diri daripada untuk terus berjuang. Keyakinan terhadap Allah yang Maha Besar kian jelas kelihatan semakin pudar dek kurangnya ilmu pengetahuan. Sifat kemalasan yang wujud dalam diri manusia tatkala ini terutamanya anak muda merugikan 

      Pegangan terhadap kitab suci Al-Quran semakin rapuh dek termakan hasutan kemodenan barat. Kebanggaan para remaja terhadap kemajuan yang ditonjolkan oleh orang2 barat sekaligus membuatkan mereka menganggap bahawa orang2 barat sebagai idola dalam kehidupan mereka sedang mereka lupa sejarah islam!


Wahai remaja islam, kaulah generasi yang mendatang. Siapkanlah dirimu dengan ilmu agar kelak kau tidak menyesal dan mengenang zaman remajamu





laungkan kalimah tauhidmu

Pentas dunia ini cukup memeritkan kaki tatkala terpijak duri namun demi mu islam ku gagahkan jua.
Semakin hari, pentas dunia semakin rancak dalam setiap rentak.
Semakin hari, kezaliman demi kezaliman mula timbul
Anak-anak yang tidak berdosa ditembak, dipancung dan dibomkan tanpa sedikit rasa bersalah
Dimana-mana sahaja, dunia semakin hari semakin 'enak' memamah jasad manusia.
Jika satu saat dahulu, pembunuh yang tidak berperikemanusiaan hanya berlangsung di gaza, palestine.
Akan tetapi hari ini, tidak kira walau dimana sekalipun
Sama ada putih atau hitam, khatulistiwa atau bukan , sekiranya terdapatnya ISLAM, disitulah berlakunya 'pembunuhan'.
Satu demi satu nyawa anak islam terkorban sama ada sengaja atau tidak
Perpaduan Islam mula rapuh tatkala berlakunya persengketaan. Perselisihan demi perselisihan yang berlanjutan akhirnya memecahkan ummah kepada puak.
Perpisahan demi perpisahan tercetus sehingga tidak mengenal asal usul.
Umat Islam kian lemah dek ditelan zaman.
Umat Islam kian merosot dek mengikut barat
Namun, satu saat nanti.. ku yakin islam pasti bangkit
Melihat anak muda yang bersemangat pada hari ini
Islam pasti dijulang satu saat nanti
Pasti...Pasti...Pasti...

#Hidup Mulia , Mati Syahid

       Bukan mudah untuk berjalan di atas muka bumi ini. Apatah lagi untuk istiqomah senyum di setiap langkah. Sama ada cepat atau lambat, air mata akan mengalir jua. Jangan disangka bahawa air mata itu parang yang memancung semangat kerana ianya merupakan pedang yang menikam kesulitan. Adakah air mata akan menyelesaikan masalah? semestinya tidak sayang~ air mata bukan penawar racun tetapi ia akan membantu kamu sekaligus menguatkan kamu untuk terus berjalan di atas muka bumi yang berduri ini

     Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Bergantung pada diri sendiri sama ada ingin mencarinya atau sekadar menantikannya. Perjalanan hidupku selama 16 tahun sedikit sebanyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Tatkala aku memerlukan semangat jua. Dia pergi meninggalkan aku dan ayah bersama adik2 , namun begitu itu bukanlah noktah bagiku di sebuah medan jihad kerana pada usia seawal 13 tahun, perjalanan yang mesti ku tempuh masih jauh

     Ku akan teruskan perjalanan yang tersisa ini untuk menjujung agama yang suci yakni ISLAM. Ku fikir ianya satu perkara yang mudah. Ya lah. Apa susah sangat kita kan dah islam? Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan sekarang , ilmu yang masih ku tidak tahu mengenai islam ibarat pepasir di pantai batu burok. Sangat banyak.

    Kewujudan ku di atas muka bumi ini tidaklah terkenal, aku bukanlah Barack Obama, yang dikenali dunia. Aku bahkan hanyalah seorang manusia yang mengharapkan kasih Sang Pencipta. Sungguh aku lemah tanpa 'sapaan'Nya , aku hanyut tanpa 'taliNya' . Perjalananku sebagai seorang remaja terutamanya yang membawa imej islam di pentas dunia sangat2 mencabar jiwa. Namun akan ku gagahkan jua jiwa ini demi mencapai mardhatillah




Assalamualaikum.. 

Dah lama tak post dengan blog kan..? Huhu.. Macam ni lah kalau orang ' sibuk ' ...

Sekelip mata, sekejap je masa berlalu.. sangat pantas.. kawan-kawan seperjuangan di zaman sekolah rendah dulu pun dah banyak berubah.... semuanya di haluan masing-masing... 
Semakin lama kita di atas dunia, dunia ini akan melenakan kita dengan kemewahannya.. amat sukar untuk berjalan di atas muka bumi Allah ini bersendirian.. kerana itulah Allah Maha Mengetahui sentiasa ada untuk hamba-hambaNya,... Dia tahu bahawa kita tak mampu untuk bersendirian..

Terkadang terasa keletihan berjalan di atas muka bumi ini,,,, namun ku gagahkan jua hati ini kerana yakin bahawa janji Allah itu pasti...
Terkadang terasa layu semangat untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini.. namun terngiang-ngiang ayat Allah yang bermaksud.. " Allah akan membantu hamba-hambaNya yang membantu agama Allah "

Apabila lemah mula terasa, Dia mula menyapa " Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung " - 5:35 -