SRIKANDI FISABILILLAH
Assalamualaikum.. 

Dah lama tak post dengan blog kan..? Huhu.. Macam ni lah kalau orang ' sibuk ' ...

Sekelip mata, sekejap je masa berlalu.. sangat pantas.. kawan-kawan seperjuangan di zaman sekolah rendah dulu pun dah banyak berubah.... semuanya di haluan masing-masing... 
Semakin lama kita di atas dunia, dunia ini akan melenakan kita dengan kemewahannya.. amat sukar untuk berjalan di atas muka bumi Allah ini bersendirian.. kerana itulah Allah Maha Mengetahui sentiasa ada untuk hamba-hambaNya,... Dia tahu bahawa kita tak mampu untuk bersendirian..

Terkadang terasa keletihan berjalan di atas muka bumi ini,,,, namun ku gagahkan jua hati ini kerana yakin bahawa janji Allah itu pasti...
Terkadang terasa layu semangat untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini.. namun terngiang-ngiang ayat Allah yang bermaksud.. " Allah akan membantu hamba-hambaNya yang membantu agama Allah "

Apabila lemah mula terasa, Dia mula menyapa " Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung " - 5:35 -


...URI...


Benda ni mungkin kotor.. tapi untuk pengetahuan kita semua.. sebab ramai yang kurang ambil tahu tetangnya..semoga bermanfaat ^^ *ilmu elok kita share kan* selamat membaca~ 


PETUA MENANAM URI ANAK

Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Mempelajari cara menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

MENANAM URI ANAK

• Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
• Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
• Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
• Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

*saya tidak sertakan gambar sebab nanti ada yang pengsan kan..kalau tak kenal uri, maka rajin2lah search kat pak cik google ye ^^ *

Alkisah bersama atuk…


Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:

“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”

Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.

“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:

“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”

Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu memilih jalan tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kerana kamu tidak akan dapat mencapai potensi kamu sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan. 

Renungkan kembali hidupmu, wahai anakku. Apakah bukan kamu memohon kekuatan daripada Allah tatkala kamu menghadapi kesulitan? Dan akhirnya kamu berjaya melalui kesulitan kerana Allah memberikan kekuatan kepada kamu.

Apakah bukan kamu memohon kesabaran daripada Tuhanmu tatkala kamu menghadapi gelora emosi amarah kamu? Dan akhirnya kamu berjaya mengawal amarah kamu dengan kesabaran yang dikurniakan Allah padamu.

Wahai anakku,
Aku bimbang kamu terjatuh dan ditipu dunia luar. Tapi aku tidak boleh membiarkan kamu menjadi pokok di dalam pasu di bawah pelindungan aku senantiasa. Maka aku terpaksa mengeras diri melihatmu jatuh dan sesekali ditipu dunia luar walaupun ia amat menyakitkan hatiku dan bondamu, kerana aku tahu menjadi pokok di luar taman adalah yang terbaik padamu.

Jadi, apakah kamu? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?

OH WANITA!

astarghfirullah... jauhkan aku dari fitnah dunia..

wanita adalah segala2nya di dunia ini.. mengapa Allah ciptakan hanya seorang wanita untuk dijadikan teman adam di syurga?? bukannya lelaki ?? sebab, seorang wanita mampu menceriakan hati seorang lelaki.. Hawa mampu menghilangkan kebosanan yang terbuku di hati Adam ketika di syurga. Lalu Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Adam.

sepertimana kita tahu bahawa seorang wanita sangat hebat dipersada dunia..
Sumayyah mampu menggocangkan dunia dengan sejarah hebatnya mentauhidkan Allah
Zinirah sanggup mencabut kedua matanya kerana takut fitnah dari ajnabi semata2 kerana Allah
Asiah tabah menjadi isteri musuh Allah yakni firaun
Khadijah wanita terulung.. wanita pertama memeluk islam dan banyak berkorban untuk islam
Rabiatul Adawiyah terlalu mencintai Allah sehingga takut untuk mencintai manusia.. subahanallah..

tapi, kita juga mesti tahu bahwa seorang wanita mampu untuk menjatuhkan seorang lelaki..
teringat suatu hari, masa tu kami diarah ke perpustakaan..
tetiba kawan ternampak sebuah buku berjudul 'kebebasan wanita'
kami membukanya dan terbaca satu hadis.. maksudnya:

" seorang wanita yang lemah agamanya(kerana sesuatu masa dia tidak boleh bertemu tuhanNya(haid) ) mampu untuk menumbangkan seorang lelaki yang kuat agamanya(tidak ada haid.sentiasa berkesempatan untuk bertemu Rabb)"

hadis ni panjang lagi, nanti lah.. hehehe ^^ *lupe dah*

betapa seorang wanita ini cukup2 hebat..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

dulu, ana pernah terfikir.. kenapa tak pernah ada orang minat ana?

sekarang, Allah bagi JAWAPAN kat ana melalui pengalaman yang cukup hebat

: kerana dirimu masih belum bersedia untuk itu:

kita ni insan yang lemah.. memang tidak dinafikan..memang lemah.. kadang2 nafsu sendiri pun tak mampu mengawalnya walaupun kita tahu bahwa nafsu bukan segalanya. Tapi tak salah kan kita mencari kesempurnaan itu? ^^

Akhir tahun tingkatan 3 , ana pernah bermimpi.. keluar daripada masjidil haram bersama keluarga (suami dan 3 orang anak) cuma masa tu, 'suami' ana pakai mask.. jadi tak nampak la muka tu.. cuma nampak bentuk bahunya sahaja(memandangkan time tu dia berjubah)

betullah kan? Jodoh tu kan rahsia Allah ^^

kenapa Allah merahsiakan jodoh?? o.O
sebab kalau Allah bagitahu siapa jodoh kita;
1) tak suprise lah.. kn3?
2) kalau kita tahu si dia ni jodoh kita.. ada kemungkinan kita buat perkara yang tak sepatutnya dengan dia dengan alasan.. "alah.. akhirnya kawin dengan dia jugak" ^^
3) Allah nak kita mengadu kat Dia masalah kita (y)
*keluar topik lah pulak.. huhu*

wanita, dirimu begitu berharga

" LADIES, BE LIKE A DIAMOND PRECIOUS AND RARE NOT LIKE A STONE FOUND EVERYWHERE" ^^

"sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"







AKU SEORANG DAIE~

Perjalanan sebagai seorang daie di atas muka bumi Allah ini bukanlah mudah...
Tatkala diriku asyik berjalan, seringkali terpijak duri lantaran terlalu alpa dalam menikmati kenikmatan dunia..

Dunia Oh Dunia..
Kau ibarat iguana, pergi ke warna kuning.. kau akan berubah menjadi kuning
Pergi ke warna hijau, kau akan berubah menjadi hijau
Berubah-ubah mengikut warna keadaan..
Insan yang alpa pasti tidak akan menyedari kewujudanmu itu..
Insan yang alpa seperti air sungai yang mengalir.. hanya mengikut arusnya..

Tapi,
Aku tidak ingin jadi seperti itu..
Aku tidak ingin jadi pejalan yang memijak duri...
Aku tidak ingin jadi sungai yang mengalir mengikut arusnya..
Aku ingin menjadi seorang daie... seorang mujahid/mujahidah
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan..
Bersesuaian dengan perintah Allah
Aku ingin menjadi salah seorang yang memartabatkan islam di persada dunia
Aku ingin syahid di dunia agar mendapat kemuliaan di sana.. insyaAllah

Jika ada 1000 orang yang syahid di jalan Allah
Maka akulah salah seorang daripadanya..

Jika ada 100 orang yang syahid di jalan Allah
Maka akulah salah seorang daripadanya..

Jika ada 10 orang yang syahid di jalan Allah
Maka akulah salah seorang daripadanya..

"Ish' azizan au mut syahidan"

"Hidup mulia atau mati syahid"


:BERSAMA MEMARTABATKAN ISLAM DI PERSADA DUNIA:


SEMUDAH 1,2,3 ^^

Islam itu mudah..

Islam tidak memaksa penganutnya. islam tidak pernah memaksa.. apa yang diajar dalam islam adalah lumrah kehidupan.. memang, islam melarang para remaja daripada ber'couple' tapi islam tidak melarang para remaja untuk bercinta.. malah islam menggalakkan remaja islam berkahwin di usia remaja..

Islam tidak pernah memaksa
Islam tidak memaksa penganutnya untuk memakai tudung labuh tutup litup
Islam hanya menyuruh orang yang beragama islam supaya menutup aurat.. ini kerana aurat adalah maruah yang paling berharga.. aurat tercemar maka runtuhlah maruah..
sepertimana kita tahu bahawa jam tangan yang mahal2 dibalut dengan plastik, disimpan elok2 di dalam bekasnya.. sama seperti kita, kita merupakan insan yang 'mahal' di sisi Allah.. jangan rendahkan harga mahal itu dengan nafsu tetapi tinggikanlah ia dengan ilmu

Dah lama kan tak post kat sini? ^^

Sahabat,
Dengar baik2 ye   *baca..huhu
Siapa kita untuk menghukum seseorang?
"Aku nak dakwah! Kita semua kan pendakwah!"

ye! islam mewajibkan ke atas semua individu muslim untuk berdakwah...
dakwah ada 2 cara iaitu:
             *amar makruf (mengajak kepada kebaikan)
             *nahi mungkar (meninggalkan kemungkaran)

kalau kita nak dakwah orang, dakwah guna ilmu , jangan guna nafsu... jikalau guna nafsu, tidak ada gunanya kerana tidak sampai kedalam hati orang yang didakwah

Bak kata ustazah Asma Suardi.....

" kalau kita berdakwah,, kita kene bercakap dari hati.. pastikan betul2 ikhlas.. memang keluar dari hati.. InsyaAllah akan sampai ke hatinya.."

"bukan mudah untuk berdakwah"
ye sahabat, bukan mudah untuk berdakwah.. sangat susah.. dicemuh, dimaki adalah normal sahabat... tapi percayalah.. ikhlaskan hati kerana Allah.. yakinlah janji2 Allah sahabat.. percayalah.. setiap yang berlaku ada hikmah...

Sahabat, "Syurga itu mahal harganya tau"

Ya Allah...
Layakkah kita untuk ke syurga kalau kita di dunia ini hanya tahu menghukum?

Layakkah kita untuk ke syurga kalau di dunia ini kita hanya melarikan diri dari masalah??

"sebab apa saya selalu diuji?"
kerana Allah ingin memberi pahala 'xtra' kepadamu sahabat

"awak tahu dok, saya ibarat berada di hadapan batu yang besar.. saya cuba untuk panjat batu itu.. selepas berjaya saya nampak banyak sangat batu2 yang besar2..batu itu ibarat masalah saya"
sahabat,
InsyaAllah darjatmu disisiNya sedang meningkat kerana ujian daripadaNya semakin sukar.. Dugaan dan Ujian antara kita adalah berbeza2 kerana iman kita di tingkat yang berbeza... percayalah.. Ada orang diuji dengan kekayaan.. ada yang diuji dengan kemiskinan... ada yang diuji dengan kepandaian.. ada yang diuji dengan kebodohan... Semua itu ujian daripada Allah

Teringat sebuah kisah daripada seorang sahabat.....:
Hidupnya di sekolah menengah selalu dicemuh, dicaci.. dan dibenci..hanya Allah tempat dirinya mengadu
Akan tetapi apabila dirinya naik ke universiti dirinya lah pelajar paling 'top' / 'femes' .. sentiasa dipuji , disebut2 oleh pensyarah2 di universiti dan pelajar2 universitinya... dialah sebagai contoh pelajar bagi junior2 di universitinya akan tetapi tanpa disedari keadaan itu telah membuatkan dirinya jauh daripada Allah...dirinya sibuk dengan hal2 dunia... terlalu mengejar dunia..
::semoga menjadi ikhtibar::

sahabat,

wahai pejuang islam...

wahai bakal jenazah...

berjuanglah! berjuanglah hingga akhir hayatmu...

martabatkan islam di dunia... bawalah islam kemana kau berada... megahkan islam..
sepertimana gahnya islam pada zaman kurafat arrasyidin...

maju! maju! maju! dan terus maju!
bangkit! bangkit! bangkit! dan terus bangkit !

bersama bergerak dalam satu ummah demi islam~

** setiap cerita yang diceritakan diatas bukanlah untuk mengaibkan orang tetapi jadikan ia sebagai ikhtibar.. **

IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK..?


TAJUK : ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.


Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.


Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.


Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..

Teruna : ??


Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.


Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.


Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.


Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.


Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,


Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.


Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis


“andai Allah telah memilih dirimu untukku,aku redha dan akan terus bersama mu,aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”


“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

Pemotong Kayu & Sebilah Kapak.....

Pada zaman dahulu,ada seorang lelaki yang sangay kuat dan rajin, memohon untuk bekerja memotong kayu balak. Melihat susuk badanya yang sasa, ditambah dengan usia yang muda dan keadaan kesihatan yang baik, lelaki tersebut mendapat pekerjaan itu tanpa banyak halangan.Dia dijanjikan gaji yang lumayan beserta insentif lain seperti kediaman khas pekerja di pinggir hutan. Dia berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.Lelaki tersebut dibekalkan sebilah kapal dan majikannya menunjukkan kawasan yang dia perlu bekerja. Pada hari pertama sahaja dia berhasil memotong 18 batang pokok. Majikannya sangat gembira lantas berkata kepadanya :"tahniah! bagus kerja kamu. Esok kamu teruskan memotong banyak lagi pokok disebelah sana."

Si pemotong kayu sangat gembira dan bersemangat untuk bekerja lebih tekun.Dia menghabiskan kebanyakkan masanya di dalam hutan memotong pokok termasuk hujung minggu.Namun dari sehari ke sehari,jumlah pokok yang dapar dipotong semakin berkurangan,walaupun jumlah jam bekerjanya semakin bertambah dan dia telah berusaha gigih. Akhirnya lelaki tersebut bertemu majikannya dan meminta maaf kerana tidak dapat melakukan yang terbaik.

"mesti saya dah tak kuat untuk memotong kayu." kata pemotong kayu.
"kenapa kamu berkata begitu?"
"sebab jumlah pokok yang saya mampu tebang sehari berkurang.Saya telah berusaha bekerja lebih masa ,keluar awal pagi dan pulang lewat malam tetapi jumlah pokok yang mampu ditebang bukan sekadar tidak bertambah malah semakin berkurang."
"bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?"kini giliran majikannya bersuara
"asah? Maaf tuan, saya tak ada masa untuk mengasah kapak ini. Saya sangat sibuk memotong pokok"


PENGAJARAN:
Inilah realiti sebuah kehidupan. Sering kali alasan yang diberikan sebenarnya bukan alasan. Sering kali penyelesaian yang diberikan itu bukan penyelesaian hakiki. Sering kali juga masalah yang disangka masalah itu sebenarnya bukan masalah utama . Nilailah sesuatu dengan mata hati..........renungan bersama~

nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan...

1) jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
2)jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah
3)sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
4)sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat
5)bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan islam
6)jangan banyakmemaki hamun dan mencela orang lain
7)bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8)jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
9)bencikan perkara yang hina disisi orang berilmu
10)janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Assalamualaika Ya Rasulullah..

ya rasulullah...
kami umatmu merinduimu ya rasulullah...
kami umatmu memerlukanmu,....
bantulah kami ya rasulullah...
bantulah kami menjaga hati2 yang degil ini ya rasulullah...
sesungguhnya hati2 kami sangat degil seperti degilnya nafsu



TERIMA KASIH YA RABB.....

ya allah.....
aku bukanlah yang terbaik didunia ini ya allah...
aku bukanlah insan yang hebat di ats bumimu ini....
tetapi Kau telah memilihku untuk ke rumahmu....terima kasih ya Allah

ya allah....
Kau telah menjemputku ke bumi ambiya'
bumi yang penuh barakah...
bumi yang penuh rahmat....
terima kasih ya allah

pengalamanku disana memang amat mengembirakan...
walaupun tak dapat ditangkap melalui kamera digital..
biarlah ianya tersimpan rapi di dalam 'kamera'Mu

ya allah...
hanya kepadaMu lah aku memohon
hanya kepadaMu lah aku meminta
mabrurkanlah umrahku ya Allah...




aku mohon....

kullu nafsi zaaa ikatul maut ~

Semakin lama,ku semakin mengenali dunia....
dulu, ku ingat, apa yang ku lihat dalam televisyen hanyalah lakonan smata2 nmun smuanya brmula tika aku tingkatan 1

semakin kite melangkah untuk mendekati rabb....
semakin berat ujin yang menimpa....percayalah....semua ujian itu hanyalah tanda tahap keimanan dan kecintaan kita pada rabb

pada tahun 2010, tika itu aku berada di dalam kelas 1 ibnu rusyd...
pada saat itu ku mengenali benda2 yang kurang elok seperti couple
pada saat itu ku mula berjinak2 dengan laman2 sosial seperti facebook,tweeter,pocodot dan lain2
pada ketika inilah juga aku mula mendekatkan diriku dengan sang pencipta...

ketika ini aku mula faham tentang hukum2 agama Allah....
ketika ini aku mula mengerti suruhan dan larangan Allah...
ketika ini aku mula memahami tentang aurat....aku mula mengetahui batas2 pergaulan....
ketika ini aku mula menjaga segala sebaik mungkin...

namun diriku yang lemah diuji olah Rabb untuk melihat sejauh mana tahap kesabaranku...
perlahan2 tanpa disedari insan yang paling ku sayang pergi mnyambut seruan Illahi...
ibuku pergi dalam keadaan dirinya lepas bersalinkan adik bongsuku...
ketika itu adik bongsuku berumur 28 hari

hari mulia bagi umat islam..
hari bahagia buat umat islam..
menjadi sejarah berharga dalam hidupku...
ibuku pergi meninggalkan aku 5 beradik pada hari raya aidil adha
tepat jam 4.30 petang ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika memberi susu buat adikku buat kali yang terakhir tanpa disedari oleh sesiapa pun termasuklah aku sendiri

perasaan sedih menyelubungi diri...
selera makan hilang entah kemana pergi...
bukan mudah untuk menerima hakikat ini....
tapi,,,,

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI

ingatlah janji2 Allah..
janji Allah adalah benar dan pasti akan ditepati..
janji Allah tidak sama dengan janji manusia...

walaupun ibuku pergi tinggalkan kami saat kami belum mengerti....
kami digantikan dengan ibu baru yang sangat memahami.
pada mulanya, memang susah untuk menerima hakikat ini...
namun, semua ini telah dicatat oleh Illahi

Genap 6 mei 2011 kami menerima ahli baru
Norafiza menggantikan Norida
walaupun kami hanyalah anak tirinya...namun kasih sayang yang dicurahkan tidak ternilai
walaupun dia tidak sama dengan ibu kami namun itulah hadiah dari Ilahi.... :)



Peganglah API bila teringkatkan ZINA

Ada seorang soleh yang sangat patuh kepada perintah,agamanya.Dia sentiasa menjaga diri daripada segaka rupa maksiat dan keburukan.Sehinggalah pada suatu malam terlintas di hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelitawan disebabkan pesona dari wanita tersebut.Kebetulan pada waktu itu di sampinya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia pun menajamkan pandangannya ke arah liang-liuk api pelita tersebut.Dia mengecilkan anak matanya,dia memandang tepat ke arah nyalaan api di atas sumbu itu.
Kemudian pemuda soleh itu pun berbisik ke hatinya:"Engkau mengajak aku kepada perbuatan terkutuk dengan wanita itu?! Baiklah! Aku akn letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu.Kiranya ia tahan akan panasnya,nescaya aku akan turutkan kemahuanmu."

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu pelita.Kemudian dia cuba menahan diri daripada kepanasan,sehingga dia merasakan seolah-olah nyawanya hampir tercabut kerana tidak tahan akan haba kepanasan yang dideritainya itu.
Lalu segelah dia berteriak:"Wahai jiwa,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan.Ini baru kepanasan api dunia,engkau sudah tidak tertahan.Padahal api dunia ini telah disejukkan oleh Allah S.W.T sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya lalu boleh mendapat manfaat daripadanya .Kalau hanya menghadap api dunia ini engkau sudah tidak tahan,apatah lagi untuk menghadapi api neraka ,yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat daripada api dunia ini.

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mahu berzina tadi.Sejak hari itu hatinya tidak pernah diganggu oleh lintasan buruk tersebut.

suatu ketika nanti.....

alhamdulillah....ku telah dipilih untuk berjumpa denganmu....memang terasa tak sabar menunggu hari itu...tapi ku tak mau berjumpa 10/6/2012....ya allah kuatkan aku....tabahkan aku....sesungguhnya ya dikau yang mengetahui isi hatiku.... kau telah menjemputku....kuatkan aku untuk beribadah kepadamu....kuatkan aku melawan hawa nafsuku....kuatkan aku untuk mengharungi dugaan daripadamu...

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

Wahai sahabat se-akidahku.. Dengarlah pesananan ini:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
...
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA~
 
 

fazilat bismillah 6



  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
Jangan sedih…

Kalau kita rasa keseorangan…

Kenapa?
...
Allah ada di sisi kita…

Asalkan kita sabar…

Kita yakin dengan-Nya…

Allah tak zalim…

Allah sayang kita…

Allah perhatikan kita senantiasa…



Jangan sedih…

Kalau kita rasa berat dengan ujian-Nya…

Kenapa?

Nabi kita lagi hebat musibah dia…

Lagi tinggi ujian dia…

Nabi tak pernah mengeluh…

Walaupun sekali…

Nak tunjuk dekat umat dia, bahawa kita kena redha dan terima seadanya…

Kita kena tabah…

Sabar…



Jangan sedih…

Kalau kita tengok orang lebih senang daripada kita…

Kenapa?

Mungkin itu rezeki dia…

Mungkin Tuhan nak uji dia dengan kesenangan…

Boleh jadi dia alpa…

Kemudian nanti, dia kecewa…

Tapi…

Kita tak…

Kita susah sebab mungkin Tuhan nak uji kita…

Tuhan sayang kita…

Kita kena syukur dengan apa yang ada…

Tak rugi kita syukur….

Allah akan tambahkan nikmat bagi orang yang bersyukur…



Jangan sedih…

Kalau kita tengok orang lebih cerdik daripada kita…

Kenapa?

Orang cerdik tanggungjawab besar dan berat…

Dia kena berhati-hati dalam setiap tindakan…

Nanti dekat akhirat, dia akan dipersoalkan…

Kalau gagal, dia tak bertanggungjawab, dia tak amanah…

Kena siksa…

Tapi…

Kita mungkin boleh selamat…

Kita jadikan dia sebagai teladan untuk kita…

Supaya kita usaha lagi dan lagi…

Mudah-mudahan kita berjaya…

Insya-Allah…



Jangan sedih…

Kalau kita tak cantik…

Kenapa?

Orang lain cantik…kacak…

Sebab, apa yang Allah jadikan semua cantik…

Tak ada cacat cela…

Setiap kejadian itu ada sebab dan bersebab…

Ada hikmah dia…

Yang harus kita selidik dan kaji…

Sebab, Allah suruh kita jadi orang yang berfikir…

Tanda Allah sayang kita…

Apa guna muka cantik, rupa kacak…

Tapi…

Akhlak buruk…

Hati kotor…

Tak ada guna…


Jangan sedih…

Kalau orang lain `couple`…

Kita tak couple…

Kita malu sebab tak ada orang minat dengan kita…

Kenapa?

`couple tu…

Menghampiri zina…

Allah kata…

Jangan kamu hampiri zina…

Kita kuat ke nak lawan cakap Allah…?

Hebat ke kita ni…?

Tak kuat kan…

Kan Allah dah cakap…

Wanita yang keji, untuk lelaki yang keji…

Lelaki yang keji, untuk wanita yang keji…

Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik…

Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik…

Takkan kita tak percaya al-quran?

Tak boleh ke kalau kita nak kawan ?

Siapa kata tak boleh…?

Boleh je…

Kena jaga batas…

Jaga akhlak…

Insya- Allah orang suka…

Kalau dah jodoh…

Tak ke mana…



Jangan sedih…

Kalau kita pernah buat dosa…

Kenapa?

Allah kan Maha Pengampun…

Allah kan sayang kita…

Kita buat dosa…

Kita bertaubat la…

Pintu taubat masih terbuka…

Iringi dosa yang kita buat dengan taubat…

Allah suka pemuda pemudi yang bertaubat masa muda…

Nanti Allah jaga kita…



Jangan sedih ye…

Allah ada…

Mintalah bantuan daripada Dia…

Dia sentiasa dengar kita…

Jangan kita lupakan dia…

Senantiasa ingat dia…

Waktu susah…

Waktu senang…

Kita berserah bulat-bulat kepada Dia…

Ampunkan saya ye Allah…

Saya manusia yang daif…

Saya selalu buat maksiat…

Buat dosa…

Tapi Allah bagi macam-macam nikmat…

Demam setahun sekali…

Baiknya Allah…

Jadi…

Sentiasa semai dalam diri kita…

Ingat Allah…

Kenal Allah…

Syukur pada Allah…

Syukurlah kita….

Amin Ya-Robb

10 perkara yg menyebabkan hati menjadi buta :

1. kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan haqNya.
 
2. kamu sangka bahawa kamu cinta kpd Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan
sunnah baginda.

 
3. kamu telah membaca Al - Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
 
4. kamu tlah makan nikmat2 Allah SWT tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
 
5. kamu tlah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
 
6. kamu tlah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
 
7. kamu tlah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari drpdnya.
 
8. kamu tlah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia utk
menghadapinya
.
 
9. kamu bangun dr tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu
lupa keaiban diri kamu sendiri.

 
10.kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar drp
mereka.