SRIKANDI FISABILILLAH

Pemotong Kayu & Sebilah Kapak.....

Pada zaman dahulu,ada seorang lelaki yang sangay kuat dan rajin, memohon untuk bekerja memotong kayu balak. Melihat susuk badanya yang sasa, ditambah dengan usia yang muda dan keadaan kesihatan yang baik, lelaki tersebut mendapat pekerjaan itu tanpa banyak halangan.Dia dijanjikan gaji yang lumayan beserta insentif lain seperti kediaman khas pekerja di pinggir hutan. Dia berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.Lelaki tersebut dibekalkan sebilah kapal dan majikannya menunjukkan kawasan yang dia perlu bekerja. Pada hari pertama sahaja dia berhasil memotong 18 batang pokok. Majikannya sangat gembira lantas berkata kepadanya :"tahniah! bagus kerja kamu. Esok kamu teruskan memotong banyak lagi pokok disebelah sana."

Si pemotong kayu sangat gembira dan bersemangat untuk bekerja lebih tekun.Dia menghabiskan kebanyakkan masanya di dalam hutan memotong pokok termasuk hujung minggu.Namun dari sehari ke sehari,jumlah pokok yang dapar dipotong semakin berkurangan,walaupun jumlah jam bekerjanya semakin bertambah dan dia telah berusaha gigih. Akhirnya lelaki tersebut bertemu majikannya dan meminta maaf kerana tidak dapat melakukan yang terbaik.

"mesti saya dah tak kuat untuk memotong kayu." kata pemotong kayu.
"kenapa kamu berkata begitu?"
"sebab jumlah pokok yang saya mampu tebang sehari berkurang.Saya telah berusaha bekerja lebih masa ,keluar awal pagi dan pulang lewat malam tetapi jumlah pokok yang mampu ditebang bukan sekadar tidak bertambah malah semakin berkurang."
"bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?"kini giliran majikannya bersuara
"asah? Maaf tuan, saya tak ada masa untuk mengasah kapak ini. Saya sangat sibuk memotong pokok"


PENGAJARAN:
Inilah realiti sebuah kehidupan. Sering kali alasan yang diberikan sebenarnya bukan alasan. Sering kali penyelesaian yang diberikan itu bukan penyelesaian hakiki. Sering kali juga masalah yang disangka masalah itu sebenarnya bukan masalah utama . Nilailah sesuatu dengan mata hati..........renungan bersama~

No comments:

Post a Comment