SRIKANDI FISABILILLAH

IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK..?


TAJUK : ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.


Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.


Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.


Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..

Teruna : ??


Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.


Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.


Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.


Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.


Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,


Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.


Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis


“andai Allah telah memilih dirimu untukku,aku redha dan akan terus bersama mu,aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”


“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

Pemotong Kayu & Sebilah Kapak.....

Pada zaman dahulu,ada seorang lelaki yang sangay kuat dan rajin, memohon untuk bekerja memotong kayu balak. Melihat susuk badanya yang sasa, ditambah dengan usia yang muda dan keadaan kesihatan yang baik, lelaki tersebut mendapat pekerjaan itu tanpa banyak halangan.Dia dijanjikan gaji yang lumayan beserta insentif lain seperti kediaman khas pekerja di pinggir hutan. Dia berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.Lelaki tersebut dibekalkan sebilah kapal dan majikannya menunjukkan kawasan yang dia perlu bekerja. Pada hari pertama sahaja dia berhasil memotong 18 batang pokok. Majikannya sangat gembira lantas berkata kepadanya :"tahniah! bagus kerja kamu. Esok kamu teruskan memotong banyak lagi pokok disebelah sana."

Si pemotong kayu sangat gembira dan bersemangat untuk bekerja lebih tekun.Dia menghabiskan kebanyakkan masanya di dalam hutan memotong pokok termasuk hujung minggu.Namun dari sehari ke sehari,jumlah pokok yang dapar dipotong semakin berkurangan,walaupun jumlah jam bekerjanya semakin bertambah dan dia telah berusaha gigih. Akhirnya lelaki tersebut bertemu majikannya dan meminta maaf kerana tidak dapat melakukan yang terbaik.

"mesti saya dah tak kuat untuk memotong kayu." kata pemotong kayu.
"kenapa kamu berkata begitu?"
"sebab jumlah pokok yang saya mampu tebang sehari berkurang.Saya telah berusaha bekerja lebih masa ,keluar awal pagi dan pulang lewat malam tetapi jumlah pokok yang mampu ditebang bukan sekadar tidak bertambah malah semakin berkurang."
"bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?"kini giliran majikannya bersuara
"asah? Maaf tuan, saya tak ada masa untuk mengasah kapak ini. Saya sangat sibuk memotong pokok"


PENGAJARAN:
Inilah realiti sebuah kehidupan. Sering kali alasan yang diberikan sebenarnya bukan alasan. Sering kali penyelesaian yang diberikan itu bukan penyelesaian hakiki. Sering kali juga masalah yang disangka masalah itu sebenarnya bukan masalah utama . Nilailah sesuatu dengan mata hati..........renungan bersama~

nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan...

1) jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
2)jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah
3)sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
4)sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat
5)bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan islam
6)jangan banyakmemaki hamun dan mencela orang lain
7)bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8)jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
9)bencikan perkara yang hina disisi orang berilmu
10)janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Assalamualaika Ya Rasulullah..

ya rasulullah...
kami umatmu merinduimu ya rasulullah...
kami umatmu memerlukanmu,....
bantulah kami ya rasulullah...
bantulah kami menjaga hati2 yang degil ini ya rasulullah...
sesungguhnya hati2 kami sangat degil seperti degilnya nafsu



TERIMA KASIH YA RABB.....

ya allah.....
aku bukanlah yang terbaik didunia ini ya allah...
aku bukanlah insan yang hebat di ats bumimu ini....
tetapi Kau telah memilihku untuk ke rumahmu....terima kasih ya Allah

ya allah....
Kau telah menjemputku ke bumi ambiya'
bumi yang penuh barakah...
bumi yang penuh rahmat....
terima kasih ya allah

pengalamanku disana memang amat mengembirakan...
walaupun tak dapat ditangkap melalui kamera digital..
biarlah ianya tersimpan rapi di dalam 'kamera'Mu

ya allah...
hanya kepadaMu lah aku memohon
hanya kepadaMu lah aku meminta
mabrurkanlah umrahku ya Allah...




aku mohon....

kullu nafsi zaaa ikatul maut ~

Semakin lama,ku semakin mengenali dunia....
dulu, ku ingat, apa yang ku lihat dalam televisyen hanyalah lakonan smata2 nmun smuanya brmula tika aku tingkatan 1

semakin kite melangkah untuk mendekati rabb....
semakin berat ujin yang menimpa....percayalah....semua ujian itu hanyalah tanda tahap keimanan dan kecintaan kita pada rabb

pada tahun 2010, tika itu aku berada di dalam kelas 1 ibnu rusyd...
pada saat itu ku mengenali benda2 yang kurang elok seperti couple
pada saat itu ku mula berjinak2 dengan laman2 sosial seperti facebook,tweeter,pocodot dan lain2
pada ketika inilah juga aku mula mendekatkan diriku dengan sang pencipta...

ketika ini aku mula faham tentang hukum2 agama Allah....
ketika ini aku mula mengerti suruhan dan larangan Allah...
ketika ini aku mula memahami tentang aurat....aku mula mengetahui batas2 pergaulan....
ketika ini aku mula menjaga segala sebaik mungkin...

namun diriku yang lemah diuji olah Rabb untuk melihat sejauh mana tahap kesabaranku...
perlahan2 tanpa disedari insan yang paling ku sayang pergi mnyambut seruan Illahi...
ibuku pergi dalam keadaan dirinya lepas bersalinkan adik bongsuku...
ketika itu adik bongsuku berumur 28 hari

hari mulia bagi umat islam..
hari bahagia buat umat islam..
menjadi sejarah berharga dalam hidupku...
ibuku pergi meninggalkan aku 5 beradik pada hari raya aidil adha
tepat jam 4.30 petang ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika memberi susu buat adikku buat kali yang terakhir tanpa disedari oleh sesiapa pun termasuklah aku sendiri

perasaan sedih menyelubungi diri...
selera makan hilang entah kemana pergi...
bukan mudah untuk menerima hakikat ini....
tapi,,,,

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI

ingatlah janji2 Allah..
janji Allah adalah benar dan pasti akan ditepati..
janji Allah tidak sama dengan janji manusia...

walaupun ibuku pergi tinggalkan kami saat kami belum mengerti....
kami digantikan dengan ibu baru yang sangat memahami.
pada mulanya, memang susah untuk menerima hakikat ini...
namun, semua ini telah dicatat oleh Illahi

Genap 6 mei 2011 kami menerima ahli baru
Norafiza menggantikan Norida
walaupun kami hanyalah anak tirinya...namun kasih sayang yang dicurahkan tidak ternilai
walaupun dia tidak sama dengan ibu kami namun itulah hadiah dari Ilahi.... :)



Peganglah API bila teringkatkan ZINA

Ada seorang soleh yang sangat patuh kepada perintah,agamanya.Dia sentiasa menjaga diri daripada segaka rupa maksiat dan keburukan.Sehinggalah pada suatu malam terlintas di hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelitawan disebabkan pesona dari wanita tersebut.Kebetulan pada waktu itu di sampinya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia pun menajamkan pandangannya ke arah liang-liuk api pelita tersebut.Dia mengecilkan anak matanya,dia memandang tepat ke arah nyalaan api di atas sumbu itu.
Kemudian pemuda soleh itu pun berbisik ke hatinya:"Engkau mengajak aku kepada perbuatan terkutuk dengan wanita itu?! Baiklah! Aku akn letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu.Kiranya ia tahan akan panasnya,nescaya aku akan turutkan kemahuanmu."

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu pelita.Kemudian dia cuba menahan diri daripada kepanasan,sehingga dia merasakan seolah-olah nyawanya hampir tercabut kerana tidak tahan akan haba kepanasan yang dideritainya itu.
Lalu segelah dia berteriak:"Wahai jiwa,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan.Ini baru kepanasan api dunia,engkau sudah tidak tertahan.Padahal api dunia ini telah disejukkan oleh Allah S.W.T sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya lalu boleh mendapat manfaat daripadanya .Kalau hanya menghadap api dunia ini engkau sudah tidak tahan,apatah lagi untuk menghadapi api neraka ,yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat daripada api dunia ini.

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mahu berzina tadi.Sejak hari itu hatinya tidak pernah diganggu oleh lintasan buruk tersebut.

suatu ketika nanti.....

alhamdulillah....ku telah dipilih untuk berjumpa denganmu....memang terasa tak sabar menunggu hari itu...tapi ku tak mau berjumpa 10/6/2012....ya allah kuatkan aku....tabahkan aku....sesungguhnya ya dikau yang mengetahui isi hatiku.... kau telah menjemputku....kuatkan aku untuk beribadah kepadamu....kuatkan aku melawan hawa nafsuku....kuatkan aku untuk mengharungi dugaan daripadamu...