SRIKANDI FISABILILLAH
       Bukan mudah untuk berjalan di atas muka bumi ini. Apatah lagi untuk istiqomah senyum di setiap langkah. Sama ada cepat atau lambat, air mata akan mengalir jua. Jangan disangka bahawa air mata itu parang yang memancung semangat kerana ianya merupakan pedang yang menikam kesulitan. Adakah air mata akan menyelesaikan masalah? semestinya tidak sayang~ air mata bukan penawar racun tetapi ia akan membantu kamu sekaligus menguatkan kamu untuk terus berjalan di atas muka bumi yang berduri ini

     Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Bergantung pada diri sendiri sama ada ingin mencarinya atau sekadar menantikannya. Perjalanan hidupku selama 16 tahun sedikit sebanyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Tatkala aku memerlukan semangat jua. Dia pergi meninggalkan aku dan ayah bersama adik2 , namun begitu itu bukanlah noktah bagiku di sebuah medan jihad kerana pada usia seawal 13 tahun, perjalanan yang mesti ku tempuh masih jauh

     Ku akan teruskan perjalanan yang tersisa ini untuk menjujung agama yang suci yakni ISLAM. Ku fikir ianya satu perkara yang mudah. Ya lah. Apa susah sangat kita kan dah islam? Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan sekarang , ilmu yang masih ku tidak tahu mengenai islam ibarat pepasir di pantai batu burok. Sangat banyak.

    Kewujudan ku di atas muka bumi ini tidaklah terkenal, aku bukanlah Barack Obama, yang dikenali dunia. Aku bahkan hanyalah seorang manusia yang mengharapkan kasih Sang Pencipta. Sungguh aku lemah tanpa 'sapaan'Nya , aku hanyut tanpa 'taliNya' . Perjalananku sebagai seorang remaja terutamanya yang membawa imej islam di pentas dunia sangat2 mencabar jiwa. Namun akan ku gagahkan jua jiwa ini demi mencapai mardhatillah




No comments:

Post a Comment