SRIKANDI FISABILILLAH

NiQab in My lIfe~

        Menjadi seorang niqabis tidaklah semudah yang disangka. Walaupun hanya secebis kain di wajah namun ia akan memberi impak yang besar dalam kehidupan. Penghijrahanku kepada gelaran niqabis sedikit sebanyak memberi bebanan dalam hidup.Cabaran demi cabaran harus ku leburkan. Dugaan demi dugaan singgah menemani perjalanan perjuanganku. Namun, berbekalkan semangat yang jitu, ku gagahkan jua hati ini .

        Hari pertamaku sebagai seorang niqabis amat mendebarkan. Namun kaki tetap bergerak melangkah untuk menziarahi kawan kepada kawanku di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Rakan seusia namun dugaannya melebihi daripada dugaan yang ku terima. Arwah yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya disahkan menghidapi barah otak. Perjuangannya melawan penyakit itu terhenti ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir seawal usia 16 tahun."Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" . Janji Allah itu pasti dan tidak mungkin dimungkiri . Arwah pergi meninggalkan dunia ini dengan tenang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

       Terkadang terkenang kembali akan perjuanganku meminta izin daripada kedua orang tuaku agar membenarkan anaknya mengenakan niqab. Pertama kali aku berhadapan dengan arwah ibuku yang penyayang untuk meminta izin , debaran demi debaran silih berganti. Namun, hasratku meleset apabila bait yang keluar dari mulut arwah bonda lebih cenderung kepada tidak :( . Akan tetapi, ku tidak mengalah, ayahku membenarkanku mengenakan niqab ^^ . Alhamdulillah..
 
      3 tahun sudah masa berlalu. Semangat mengenakan niqab masih membara di dalam kalbu. Sekali lagi, ku pinta keizinan daripada ayahku untuk mengenakan niqab. Namun kali ini, jawapan yang diberikan oleh ayahku agak berbeza dengan sebelumnya. Namun, ku tetap menzahirkan sebuah senyuman disebalik hati yang berkecai. Langkah masih berjalan namun sedikit hampa. Senyuman yang terukir hanyalah senyuman yang pahit bak kopi tanpa gula.

      " Abah, team hijrah ada buat program dekat masjid putih. Along nak ikut boleh?"tanyaku kepada ayahku. Lalu ayahku mengiakannya tanpa banyak bertanya. Setibanya aku di tempat program, agak berdebar kerana aku tiada kenalan. Akhirnya aku berkenalan dengan seorang pemudi yang seusia denganku yang bernama Farzana. 

        Selesai program yang dianjurkan oleh team hijrah , mulalah sesi bergambar sebelum bersurai. Saat itu aku menyedari kehadiran ayahku yang sudah lama memerhatikan ku seberang jalan. Setelah selesai bersalaman, tika punggung dilabuhkan di atas kerusi tetiba kedengaran suara garau ayah ;

Ayah : Along nak pakai ke nampak mata 2 biji tu (purdah) ?

Along : Nak

Ayah : Along tidak malu?

Along : Tidak

Ayah : Pakailah

     Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat daripada Allah telah melembutkan hati ayahku. Subahanallah, Subahanallah, Subahanallah... Alhamdulillah... 

Dengan izin Allah, hingga ke saat ini, sehelai kain masih terlekat di mukaku. Dengan izin Allah, akan ku usahakan supaya ia terus melekar sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

**************************************************************************

Kepada sahabat2 terutama yang bercita-cita untuk meneruskan langkah dengan niqab. Teruskan usahamu. Jangan bimbang, jangan takut, jangan gentar . Biar dunia memandang enteng kepadamu. Biar dunia menghinamu. Yang penting, pandangan Allah terhadapmu. Kata-kata terakhir " niqablah hatimu sebelum niqab wajahmu" .. ^^
      

No comments:

Post a Comment