SRIKANDI FISABILILLAH

Al-Kis@h:...Anakku seorang derhaka...

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a mengadukan kederhakaan anaknya.Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa hak-hak bapanya.
 Anak itu menjawab:"wahai Amir al-Mukminin,tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?" Umar menjawab:"ya"
  Dia bertanya lagi:"Apakah ia wahai Amir al-Mukminin?"
  Jawab Umar:"Memilih ibunya,memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab(al-Quran)."
  Anak itu berkata:"Wahai Amir a-Mukminin!Sesungguhnya bapa saya tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut! Mengenali ibu saya,dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi.Saya pula dinamakan "ju'alan" (sejenis kumbang biasa,hitam).Dia juga tidak pernah mengajarkan saya walau satu huruf pun dari al-Quran."
   Umar lantas berkata kepada bapa itu:"Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak kamu walhal kamulah yang telah menderhakainya.Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu."

begitulah,Sayidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya mendidik si anak itu...
  
  

No comments:

Post a Comment