SRIKANDI FISABILILLAH

Al-Kis@h:...Kita adalah langit yang melindungi mereka.

Dalam kitab sejarah diceritakan bahawa Muawiyah bin Abi Sufian r.a. pernah memarahi anaknya Yazid.Kemudian dia mengadu kepada Ahnaf bin Qais berkenaan cara mendidik anak-anak.
  Ahnaf menjawab:"Mereka ialah buah hati kita dan tulang belakang kita.Kita adalah bumi yang terbentang bagi mereka dan langit untuk melindungi mereka.Jadi jika mereka meminta sesuatu,berilah kepada mereka .Jika mereka marah atau sedih,pujuklah mereka.
  "sesungguhnya mereka sentiasa mengurniakan kepadamu hubungan baik dan mesra,mereka juga mengasihi kamu sedaya upaya mereka.
  "Jangan sesekali-kali memberatkan mereka,nescaya mereka akan jemu hidup bersamamu dan mengharapkan kematianmu."

No comments:

Post a Comment