SRIKANDI FISABILILLAH

Kepandaian Yang Berbeza

Suatu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pak cik pendayung.Di tengah perjalanan,profesor bertanya "kamu pandai menulis dan membaca?"
 "tdk tuan.Saya buta huruf," jawab si pendayung sampan.
 "oh,kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu!Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya"
  Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu.Sejurus kemudian,profesor bertanya lagi,"kamu ada membuat simpanan wng untuk masa depan?"
  "tiada tuan.Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,"jawab si pendayng sampan lagi.
  "kalau begitu,kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti,"
Sampan terus bergerak.Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor.Air mula memasuki sampan.Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan.Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk.Ternyata sampan itu akan tenggelam!
Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada profesor,"tuan!tuan pandai berenang?"
  "er,er saya tidak tahu berenang!"
  "kalu begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


pengajaran:-
*ALLAH tidak jadikan manusia ini bodoh,tetapi DIA  jadikan setiap orang mempunyai "kepandaian" yang berlainan.Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri.Jadi,tidak ada manusia bodoh,yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza..:) 

No comments:

Post a Comment