SRIKANDI FISABILILLAH

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH..

Ketinggian martabat insane di sisi Allah s.w.t dinilai bukan daripada pangkat atau kedudukan,kebangsawanan atau darjat keturunan,kemewahan atau harta benda malahan bukan daripada warna kulit tau paras rupa.
Nilai sebenar kewujudan insane yang dilantik sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini,dirangkumi dalam satu kalimah yang mudah sebutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatan.Itulah yang disebutkan sebagai TAQWA seperti mana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya:

إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)

Maksudnya: Sesungguhnya,semulia-mulia kamu disisi Allah s.w.t ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Hujurat:13

Bertitik tolak daripada ayat ini,sebagai hamba Allah s.w.t kita seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keesaan=Nya,melaksanakan amlan soleh dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala larangan-Nya.Dalam erti kata yang lain,seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri,keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadah.Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seseorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas dalam islam.

Hamba Allah Yang Bertaqwa.
Perkara-perkara atas ini merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahiran sehinggalah mereka kembali kepada Allah SWT.Disamping itu juga,ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini(fardhu ain)adalah penting dalam membentuk diri kita menjadi seorang hamba Allah s.w.t yang bertaqwa.Tiada KITAB yang MAKSUM melainkan al-Qur’an al-Karim..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment